Home » » Akhirnya Go Shop Tampil Perjelas Isu Produknya Meletup Ketika Siaran Langsung Jadi Tular

Akhirnya Go Shop Tampil Perjelas Isu Produknya Meletup Ketika Siaran Langsung Jadi Tular






Ekoran satu insiden yang amat memalukan iaitu kuali yang dijual oleh Go Shop telah meletup di kaca TV yang bersiaran langsung telah jadi tular di media sosial, pihak pengurusan Go Shop akhirnya telah tampil menyuarakan pendapat mereka semalam tentang insiden berkenaan.

Go Shop ingin meminta maaf di atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung kami pada hari Sabtu lalu.

Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock.

Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal” untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini.

Walaupun kami telah difahamkan bahawa insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk, kami sedang bekerjasama dengan pihak “Principal” untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi.

Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih kami untuk sementara waktu.

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi.


Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.


http://www.koleksiviral.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500





Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment