Home » » Periuk Meletup Ketika Live Jual Barang, Netizen Kutuk Program Jual Barang Cap Ayam

Periuk Meletup Ketika Live Jual Barang, Netizen Kutuk Program Jual Barang Cap Ayam



Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.

Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.

Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.

Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.

Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya 'cap ayam'.




Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.

Segalanya 'kantoi' apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung. Apa lagi, ramai yang 'terkejut beruk' dengan insiden terbabit kerana selama ini telah ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji manis dari produk yang ditawarkan.

Disebabkan itu, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan di sini sememangnya tidak berkualiti.

Ramai juga yang mengatakan ianya hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.

Siap ada yang berpesan, "Pesan pada mak-mak, isteri-isteri anda tolonglah jangan terpedaya dengan barangan yang dijual di sini. Padahal tak ada kualiti, jual pula dengan harga mahal."

Apa-apa pun dinasihatkan agar anda melakukan kaji selidik di internet ataupun dengan bertanya pada orang di sekeliling sebelum membeli sebarang produk atau barangan. Jangan mudah terpedaya dan jadilah seorang pengguna yang bijak, okay?

- www.kakishare.my

http://www.kakishare.my/2017/05/periuk-meletup-ketika-live-jual-barang.html


Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment