Ini berita tidak baik buat peminat fanatik Lofattah. Semuanya bermula apabila Fattah Amin dan Fazura tidak dapat menghadirkan diri di rancangan MeleTOP! baru baru ini. Menurut pengarah drama Hero Seorang Cinderella iaitu Micheal Ang, ketiadaan Fattah Amin pada rancangan tersebut sememangnya ada dalam rancangan mereka.
Kenyataan Michael tersebut dibuat sebelum rancangan ke udara. Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila Neelofa menyatakan bahawa ketidakhadiran Fattah dan Fazura pada malam tersebut adalah berpunca dari pembatalan saat akhir – oleh Fattah sendiri.
Berpunca daripada kenyataan Neelofa tersebut, Fattah Amin kemudiannya muncul secara live di Instagram, menerangkan hal sebenar yang terjadi sambil menyatakan agar jangan membuat kenyataan yang bukan bukan tanpa mengetahui perkara sebenar.
Jika anda rasa perkara tersebut sudah tamat, sudah tentulah anda tersilap kerana Neelofa turut membuat kenyataan balas di Instagram Stories.
Pernah kami terbaca seorang peminat Lofattah tentang nazarnya untuk buat kenduri kesyukuran jika pasangan ini bersatu. Melihatkan situasi sebegini di antara mereka berdua, ada baiknya buat kenduri kesyukuran untuk anak yatim, lagi lagi di bulan mulia ini.
Pastinya peminat ternantikan reaksi Fattah dan juga Neelofa jika mereka bertentang mata pada rancangan MeleTOP selepas ini. Atau mungkin juga perkara itu tidak akan berlaku. Apa pun, semoga semua perkara boleh dibawa berbincang dan tidak mustahil untuk berbaik semula. (rtky/s)
https://www.rotikaya.com
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment