Putrajaya: Bercakap di satu seminar anjuran Sisters in Islam (SIS) yang bertajuk ‘Perkembangan Islam di Malaysia: Dari Era Sanggul ke Era Hijab’, Dr Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani membuat dakwaan bahawa Islam yang diamalkan di alam Melayu sebagai Islam second hand.
Menurut Faisal Tehrani, Islam yang ada sekarang bukan daripada Nabi Muhammad SAW kerana datang pada zaman dinasti Umayyah dan Abbassiyah serta telah kehilangan hak asasi manusia yang dijuarai oleh Nabi Muhammad SAW.
Tambahnya, Islam tiba di Malaysia setelah Raja Kecil Besar dikatakan telah melihat Nabi Muhammad dalam mimpi baginda. “Sebagai bukti bahawa dia bermimpi benar, apabila Raja Kecil Besar membuka seluarnya, dia mendapati alat kelaminnya telah dikhatankan.
Jadi ada unsur mistik di sini,” tegas Faisal Tehrani. “Saya juga sendiri hairan, waktu itu tak ada Instagram tentunya. Bagaimana Raja Kecil Besar tahu itu adalah Nabi Muhammad,” tegas Faisal Tehrani.
Islam yang ada sekarang bukan Islam yang ‘original’ sepertimana yang sepatutnya.
Menurut Faisal, hal ini dibuktikan dengan keadaan negeri Kelantan yang mana terdapat ramai pelacur dan keadaan Islam yang sangat teruk di sana pada waktu itu.
“Apabila Munsyi Abdullah belayar ke Kelantan beliau mendapati bahawa perempuan di sana menjadi pelacur dan keadaan masyarakat pada waktu itu sangat teruk,” dakwa Faisal Tehrani lagi.
Menurut beliau, sekiranya tidak ada kelompok Islam Syiah pada waktu itu seperti karangan kitab Nazam Ratap Fatimah, Hikayat Ali Kahwin Fatimah, Hikayat Hassan Hussein, Hikayat Mohd Hanafiyah, wanita memang tidak ada tempat di dalam kanun-kanun Melayu.
“Kenapa saya kata begini? Kerana doktrin mazhab Syiah, kedudukan wanita sangat tinggi iaitu kerana mereka mengagungkan Fatimah dan Zainab anak Fatimah Az Zahra. Bila kita bercakap tentang Syiah, ini adalah Syiah yang original, bukan saudara boleh sandarkan pada Islam Iran yang ada pada hari ini,” tegas beliau.-menara.my
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment