Home » » “kau baca apa tu? Kau tak nak main dengan aku ke?dia dekat tandas paling hujung sekali duduk atas sinki sambil goyang-goyang kaki dia

“kau baca apa tu? Kau tak nak main dengan aku ke?dia dekat tandas paling hujung sekali duduk atas sinki sambil goyang-goyang kaki dia


Mereka Ganggu Tempat Aku!
May 30, 2017 Malik 0 Comments
Pada kali ini, aku nak cerita pasal bilik asrama di tingkat 2 banggunan baru (KAMSIS) pula. Rutin harian sebagai pelajar semua dah tau asal habis class atau class dibatalkan je masing-masing seronok sakan lari ke bilik sebab nak tidur! Hahha.

Pada suatu petang tu, bila dapat tau class dibatalkan, kami 4 orang (aku, Hida, Kaka & Inar) apa lagi duk melepak dekat bilik si Kaka dan Inar ni di tingkat dua layan cerita korea, akhirnya masing-masing tertidur. Tiba-tiba “tuk..tuk..tuk..” kami berempat yang tengah mamai blur akibat tidur petang ni hairan la juga siapa yang ketuk-ketuk pintu waktu macam ni? Si Kaka yang hati bersih tanpa ragu-ragu ni pergi buka pintu, rupanya kakak kamsis asrama ni datang jual nasi lemak! Hahha..kami pun beli la sebab kesian dia penat jual datang ke setiap bilik. Sedap juga, habis kami melantak sampai licin! Punya malas nak keluar bilik kami cuci tangan dengan air botol ke dekat tingkap, hahhaa rasanya ramai juga yang buat macam tu.

Bila dah kenyang kami pun sambung tengok cerita korea sambil gosip pasal cerita pelajar (As) kena histeria di banggunan baru tingkat 2 ni. Dengar kata As pergi ke tandas seorang diri pada waktu malam kerana sakit perut yang amat sangat. Waktu tu tak ada apa apa berlaku, lepas je dia keluar dari tandas dan ingin basuh tangan di sinki dia ternampak seorang nenek tua dihujung tandas (kawasan tandas kami memanjang ada la dalam 20 tandas termasuk bilik mandi) bila dia berpusing nak lari keluar dari tandas nenek tu tiba-tiba ada depan dia! Fuh menjerit la As ni meracau-racau sampai ke subuh, jenuh jugak pihak felo dan warden beri rawatan.

Masa waktu nak pulihkan dia tu, kami bawa dia di bilik dia, semua yang lain keliling baca yaasin, tapi boleh si As ni duduk tersimpuh main-main rambut dia, lepas tu sengih gelak halus sambil tunding jari pada setiap pelajar yang tengah baca yaasin tu, kejap-kejap dia mengesot ke depan, kejap-kejap dia bangun sambil nangis mendayu-dayu lepas tu dia gelak balik. Macam tu la lagak dia sampai akhirnya warden suruh kawan aku 2 orang pegang dia bawa ke surau sebab lagi senang warden n felo nk suruh ustaz-ustaz sembuhkan dia.

Masa nak turun tangga boleh pelajar ni kerling-kerling mata dia tengok kawan aku sambil senyum buat bunyi tangisan yang macam dalam cerita hantu tu cuma beza ni bukan cerita tapi realiti. Kawan aku yang sememang takut bertambah takut lari naik bilik, semua yang dekat bilik terkejut “korang tolong kitorang, kitorang tinggalkn As dekat tangga, tak sanggup bawa dia pergi surau” kami yang lain-lain terus keluar cari As tak ada! Jenuh juga la satu hal kena cari dia.

Rupanya seorang ustaz ni jumpa dia dekat tandas paling hujung sekali duduk atas sinki sambil goyang-goyang kaki dia cakap dalam keadaan menangis “korang kacau tempat aku! Korang kacau tempat aku!” Ustaz ni pujuk turunkan dia, benda macam ni tak boleh berkasar sangat risau tuan empunya badan tercedera. Pujuk punya pujuk As ni nak turun dan keluar dari tandas. Masa dia jalan keluar tandas ni dia gelak mengilai-ngilai! Memang memasing berdiri bulu roma tak berani nak dekat.

Ustaz tu dah pesan jangan pandang tepat mata As dan jangan putus zikir walau apapun terjadi! As datang dekat Kaka sambil senyum “kau baca apa tu? Kau tak nak main dengan aku ke? Hiiihiiii…” As tu gelak je dia jalan keliling Kaka. Tak tau kenapa dia suka sangat kacau Kaka, kebetulan Kaka ni seorang yang lemah semangat. Masa As datang tu Kaka dah tengok muka As, mengigil Kaka sampai kelu terhenti zikir yang dia baca, memang jadi makanan ‘benda’ dalam As tu la, tak pasal-pasal dengan si Kaka menjerit histeria, si As ni elok je sengih gelak tanpa henti.

Sampai je di surau As tak nak masuk, dia mencangkug dekat depan pintu sambil cakap lagi “Dia kacau tempat aku!” berulang-ulang kali dekat Ustaz lagi sorang ni. Kaka pulak dah terbaring dalam surau ada seorang ustaz dan felo sembuhkan dia. Waktu ni la As mengesot laju masuk menerpa ke Kaka, bayangkan As mengesot. Cepat-cepat ustaz suruh pelajar dan warden ni pegang bahu dan kaki As, Ustaz tu datang sambil tekan sesuatu di dahi As, menjerit-jerit As macam orang kena sebat tu. Sesiapa dengar mesti akan rasa kesian. Sampai la kami dengar suara As dah lemah dan diam. Lepas Kaka dah pulih ustaz tu ada tanya “apa yang dah kamu berdua buat?” Kaka cerita la yang diornag cuma pergi ambil air malam tadi dekat water cooler (mesin air yang ada panas dan sejuk tu) dekat hujung bilik berdekatan tandas tu sambil bersembang gelak-gelak macam tak ingat dunia. Mungkin tu la padah dia sebab buat bising malam-malam.

As masih lemah dan dah dibawak balik untuk direhatkan selama seminggu. Kaka alhamdulillah kembali seperti biasa cuma ada satu tanda lebam dekat bahu dia. Pelik jugak macam cengkaman, kemungkinan As yang tercengkam dia. Cuma dia selalu kena gangguan cara lain pulak.

www.pru14.





Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment