Home » » Lebih baik sis ganti puasa nanti... dari terpaksa buatkan anak kita "berpuasa" seumur hidup..

Lebih baik sis ganti puasa nanti... dari terpaksa buatkan anak kita "berpuasa" seumur hidup..




#kisahbenaribupuasa
Assalamualaikum 9bulan10hari. Mohon ibu ibu yang tengah hamil ni pertimbangkan perkara ni. Tolonglah jangan puasa kalau anda tak mampu. 3 tahun lepas, masa bulan puasa saya puasa dalam 22 hari walaupun pregnant 3 bulan. Saya jarang loya & muntah.


Doctor banyak kali bagitahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat & nutrient masa 1st trimester ni. Saya teruskan puasa sebab keadaan saya taklah teruk sangat. Loya muntah pun bila terbau bawang saja. Lepas raya, masa kandungan 5 bulan doctor cakap anak saya tak mengembang & maybe berdepan komplikasi saraf tunjang.

Doctor cakap... kalau saya tak berpuasa... mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan Ramadan tu... kemungkinan untuk anak saya lahir sihat sangat tinggi.
Betul sis... lepas anak saya lahir dia memang kecil. 1.9kg saja dengan ada problem di tulang belakangnya (spina bifida).

Doctor cakap.. untuk anak berkembang dengan elok masa kita makan tu kena jaga betul2 & makan secukupnya. Kesian anak saya sekarang.
Nasihat saya, kalau anda mengandung & tak sihat tu tolonglah jangan puasa..makanlah makanan sihat. Jangan skip makan... Lebih baik sis ganti puasa nanti... dari terpaksa buatkan anak kita "berpuasa" seumur hidup.... =(
.
.
.
Actually... ramai mommy rasa bersalah kalau tak berpuasa... sedangkan dalam Islam... adalah tak wajib berpuasa bagi ibu hamil & ibu yang menyusu untuk meneruskan puasanya jika beri kesan negatif pada diri & kandungan.

Macam mana nak kenalpasti keadaan mommy & bayi ok atau tak untuk berpuasa?
Ketika ini, pregnant mommy bolehlah berjumpa doctor, minta doctor buat pemeriksaan & bincang mengenai puasa ini. Minta pandangan doctor.
.
.
.
Mommy... tolonglah ambil tahu keadaan mommy & anak dalam kandungan.

Kalau tak sihat, tak boleh puasa... tolonglah jangan paksa diri.
Mommy perlu jumpa doctor & berbincang pasal puasa ni....

Doctor akan melihat beberapa faktor bila berbincang pasal puasa ketika hamil ni :

- Adakah mommy muntah loya teruk sehingga tak lalu makan?
- Adakah kandungan mommy dalam lingkungan 1-3 bulan?
- Berapa jam mommy berpuasa kerana ada negara yang berpuasa lebih lama berbanding negara kita 12-13 jam sehari?
- Ketika mommy nak berpuasa ni cuaca sejuk atau panas, kerana cuaca panas boleh menyebabkan mommy mudah dehydrate.
- Bagaimana kesihatan mommy sebelum hamil?
Tolong ambil berat mengenai ini ya mommy.



9bulan10hari
Like, share & tag agar dapat membantu ramai wanita di luar sana.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment