Home » » Sejak tujuh tahun mereka melakukan perkara ini terhadap orang islam ketika bulan ramadhan

Sejak tujuh tahun mereka melakukan perkara ini terhadap orang islam ketika bulan ramadhan

SEJAK enam tujuh tahun lalu, sebuah kuil Buddha menjadikan aktiviti menyediakan juadah untuk berbuka kepada masyarakat Islam setiap Ramadan sebagai aktiviti wajib.



Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ratusan wanita, kanak-kanak dan lelaki beragama Islam akan beratur untuk mendapatkan juadah berbuka yang disediakan.

Kuil Buddha Dharmarajika, Bangladesh menyediakan masakan yang dimasak oleh pekerjanya yang beragama Islam.

Menurut Ketua Sami kuil berkenaan Shuddhanando Mohathero, projek yang dimulakan sejak tujuh tahun lalu ini menjadikan Ramadan sebagai bulan terbaik untuk membantu masyarakat beragama Islam yang kurang berkemampuan.

“Terdapat beberapa aktiviti sosial yang kita jalankan namun aktiviti yang terbaik ialah menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat Islam yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, seorang sami, Karuna Bhikku berkata, kuil ini cuba untuk bekerja secara harmoni dalam masyarakat.

“Ia adalah sebagai salah satu usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat Islam di sini yang terdiri daripada 90 peratus populasi penduduk di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik restoran Harun Miah berkata, pihak kuil berkenaan telah bekerjasama dengan restorannya sejak enam tahun lalu untuk menyediakan juadah halal kepada masyarakat Islam untuk berbuka puasa.

“Antara hidangan yang disediakan adalah kentang cincang, bawang tempura, terung tempura, kacang dal, kurma, bertih beras dan manisan yang dihidangkan dalam bekas kotak untuk diagihkan.

“Kebiasaannya orang ramai mula beratur untuk mengambil juadah ini bermula jam 3 petang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment