Adakalanya kita sebagai pengunjung Bazaar Ramadhan ini, kasihan bila tengok ada gerai peniaga yang tidak mendapat sambutan ramai. Bagi yang berniaga, pastinya sangat memahami keadaan itu. Tetapi bagi yang lain, sudah tentu banyak persepsinya.
Tidak ramai orang, tak bermaksud makanan yang dijual peniaga berkenaan tidak sedap. Mungkin tidak sedap di tekak kita, tetapi sedap di tekak orang lain? Jadi, apalah salahnya kita beli dan bantu mereka. Bak kata Wan Muhd Syafis, membuatkan orang lain gembira juga adalah kebajikan.
Dari Wan Muhd Syafis & Mark Deen
Kalau kau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok. Kalau kau nampak cantik je ikan tu bersusun, kuih pun hening je nampak tenang, kau belilah walaupun kau tak tahu kuih itu kuih apa atau walaupun nampak macam karipap oksigen.
Kemudian tak perlulah lahanat sangat mulut nak viral, "eh ni nak pergi haji balik hari ke, makcik?".
Kau cuba berniaga sekali, tengok macam mana. Buat nasi ayam dua ekor. Seorang pun tak datang nak beli. Nampak? Bukan semua yang berniaga itu indah. Itu semua gula-gula sahaja.
Jadi, kau nampak Bazaar Ramadhan suram, kau berhentilah singgah. Belilah apa yang kau nampak. Berapa ringgit saja pun, bukannya beli semua.
Kau akan tengok senyuman adik yang menjual itu, lain macam manisnya. Sambil kau berlalu, kau akan mendengar,
"Yay! Ada orang beli kuih adik!"
Bukankah menggembirakan orang lain pun satu kebajikan?
Bagi peniaga seperti Firdaus Ibrahim, itu semua sudah menjadi lumrah dalam berniaga. Pahit manis berniaga, mereka hanya mampu telan sahaja.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kata soal perniagaan tidak boleh dicampur-adukkan dengan kebajikan. Sama ada pelanggan mahu beli atau tidak, itu adalah hak pelanggan yang mencari makanan/produk terbaik berbaloi dengan harga yang mereka mahukan.
Selain itu, peniaga juga perlu belajar strategi marketing untuk mengembangkan perniagaan mereka, selain jujur dalam berniaga terutamanya bab-bab karipap kosong.
Walau apa pun perbezaan pandangan kita semua, sama-samalah kita beradab. Tak kira anda sebagai peniaga atau pelanggan. Jika peniaga mempelawa kita membeli makanan mereka, tolaklah dengan baik sekiranya tidak mahu. Peniaga pula, usahlah berkecil hati. InshaAllah ada rezekinya nanti. - The Reporter
http://www.thereporter.my/2017/05/kalau-nampak-bazaar-ramadhan-yang.html
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment