Home » » UMNO sudah tiada masa depan lagi dibawah pimpinan Najib - kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia

UMNO sudah tiada masa depan lagi dibawah pimpinan Najib - kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia

Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan gelaran Zam berkata, Umno sudah tiada masa depan lagi.

"Masa depan Umno sudah tidak ada lagi kerana jasanya yang tersemat di hati rakyat telah terpadam dan tidak ada lagi bersinar tugu-tugu yang mungkin boleh mengingatkan mereka untuk meneruskan sokongan kepada Umno.


"Sukar untuk menebus kembali keyakinan rakyat setelah keruntuhan berlaku satu demi satu. Semua ini hanya tinggal kenangan.

"Telah berlalu suatu zaman bersejarah emas dibawah kepimpinan Umno yang berintegriti, dihormati dan dikagumi, dari Tunku (Abdul Rahman) sampai ke (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan tiba kepada zaman keruntuhan di bawah pimpinan Umno yang sedang menghadapi masalah besar untuk menebus kembali maruah bangsa, agama dan negara," katanya dalam blog.

Zam turut mempersoalkan prestasi yang ditunjukkan oleh semua media milik kerajaan.

"Bagaimanakah rakyat akan diyakinkan semula jika semua media kerajaan tidak lagi diyakini. Berita TV3 tidak lagi di tonton, akhbar-akhbar harian perdana tidak terjual.

"Rakyat tidak lagi percaya kepada angka-angka pertumbuhan ekonomi dan cerita kedatangan modal berbillion-billion. Mereka sinis terhadap Transformasi Nasional 50 (TN50) sedangkan mereka belum melihat Wawasan 2020 menjadi realiti.

"Tragedi ini berlaku kerana pengurusan ekonomi dan politik negara berjalan secara ad hoc, gopoh-gapah, tidak menilai integriti, flip flop dan tidak konsisten kerana mahu menutup kecurangan besar yang telah berlaku," tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Zam, mahu menjadi Bapa Demokrasi Malaysia dengan mengisytiharkan untuk hapuskan Akta Hasutan dan Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia tidak sekadar disambut baik oleh dari parti-parti pembangkang tetapi mereka menuntut demokrasi yang lengkap sehingga menimbulkan kebimbanmasa depan lagi di bawah pimpinan gan dan ketakutan orang Melayu yang bersatu menentangnya, jelasnya.

"Di Parlimen, walaupun diperlekehkan oleh anggota pembangkang dan anggota kerajaan sendiri yang liberal, anak Kelantan (Datuk) Ibrahim Ali nyaring menentang pemansuhan ISA dan Akta Hasutan walaupun beliau pernah menjadi mangsanya," katanya.

Pada masa yang sama, Wawasan 2020 yang menjadi matlamat jelas rakyat telah dikelirukan dengan TN50 yang menjadi pengkhianatan terhadap Mahathir, katanya lagi.

"Proton tidak lagi merupakan kereta nasional yang suatu masa dahulu menimbulkan rasa kebanggaan rakyat pada diri sendiri, tanah negara menjadi milik asing dan banyak lagi ciri-ciri tragedi ekonomi dan politik yang menghakiskan jasa-jasa Umno yang lalu yang menjadikan orang Melayu bangga dan percaya pada Umno.

"Rakyat mengenang era Mahathir sebagai era teragung dan bermaruah dalam sejarah negara, Mahathir memberikan pengertian kepada kuasa rakyat di era pemerintahannya dengan memperkukuhkan kesucian institusi Raja supaya terus dihormati dengan tidak mencampuri urusan rakyat.

"Bila Raja campur urusan rakyat, maka Raja menjatuhkah taraf mereka," jelas beliau.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment