Home » » 8 Kisah Penipuan Courts Mammoth Terhadap Pelanggan Mereka

8 Kisah Penipuan Courts Mammoth Terhadap Pelanggan Mereka





Agak terkejut membaca pembongkaran penipuan Courts Mammoth terhadap pelanggan mereka. Ianya dikongsi melalui 8 kisah benar yang diceritakan oleh pembeli yang merasa tertipu.

8 Kisah Penipuan Courts Mammoth Terhadap Pelanggan Mereka

Maka kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati dalam membeli. Jangan ikutkan nafsu sangat takut nanti merana akhirnya. Semoa artikel ini mampu menjadi pengajaran buat kita. Insha-Allah:

_ _ _ _ _ _ _



Pernah dengar iklan berbunyi seperti ini; ‘Tawaran Separuh Harga Courts Mammoth, Pakai Dulu Bayar kemudian’, ‘Tawaran Hebat Aidilfitri, Diskaun Sehingga 70% dengan cashback sehingga RM 5000!’. Siapa yang tak tergiur bukan bila mendengar tawaran ‘hebat’ seperti ini? Maka ramailah diantara kita (terutamanya orang Melayu, sadly!) yang berpusu-pusu serbu Courts Mammoth semata-mata ‘buta’ dengan tawaran murah ini.

Malangnya, tawaran harga murah ini hanya sah sekiranya anda membeli dengan cara berhutang (Flexi credit) dan bukannya secara tunai. Disinilah taktiknya yang menyebabkan ramai orang terperangkap. Bahkan dengan tawaran murah seperti yang dicanangkan, pembeli berkemungkinan perlu membayar sehingga berkali-kali ganda daripada harga asal (sekiranya dibeli secara tunai).

Sebab banyak kes yang kata Court Mammoth ini macam ah long terancang.. gila sadis dia punya interest dan cara ugutan mereka boleh buat orang rasa nak bakar je office court ni..dan ramai yang terkena adalah orang kita orang melayu.. bayangkan lambat bayar sebulan pun mereka ugut macam kita ini ada sangkut bayar berbulan-bulan!
Berikut beberapa kisah yang dipetik dari forum dan blog yang membuktikan ramai yang dah jadi mangsa:

Kisah 1:
Tapi ni cite bukan lah barang rumah, tapi tertipu dengan iklan dalam paper metro last weekend (12hb July, Sabtu). Tengok dalam tu promosi 5 unit kamera EOS1100D dengan harga 50% diskaun, jadi dlm RM849 jer.. sape yang tak mau kan.. aku pun tengah mencari, so kul 5 setengah dari putrajaya nih, gigih nak cecah sri damansara (sale ni sempena pra pembukaan) so dengan puasa bagai, berjaya sampai dalam kul 7 (time tu sesi utk Telefon S4 pun separuh harga). then beraturlah dengan gigih, wakilkan isteri sebab saya nak tanya wakil jual dia habis2 sebab takmo buang masa lah kan.. nak berbuka lagi karang.. one of the manager tetiba kata wife tak yah beratur amik voucer (5 voucer je utk 5 pelanggan bertuah KONONye) so boleh skip queue dan jumpa wakil jualan dia.

Alih-alih model lain pula yang dipromosikan, EOS60D (spek tinggi lagi dari EOS1100D, harga pun lagi tinggi lah) tapi ditawarkan pada harga RM999.. (harga asal RM2099 camtulah kalu tak silap).. sape takmo kan? so dia kata kena buat Flexi Credit 60 bulan.. ok fine. aku nak pengiraan terperinci dulu (sebab ingat nak ambik, dalam bulan ni dapat duit sikit aku akan bayar lumpsum bulan ni jugak) sekali bila dia bagi calculation sebenar, terkejut aku!

aku takde lah terkejut beruk, sebab dulu (10 tahun lepas) memang pernah beli barang ngan Courts ni, beli peti ais yg harga seribu lebih jadi 3 ribu lebih sebab banyar insurans peti ais tu..

so kamera tu dah jadi RM3348 lepas kira semualah, bayaran ansuran untuk 60 bulan (5 tahun). Giler untung seribu lebih kat situ, tapi berkira nak betul-betul jual 5 unit kamera untuk pelanggan yang terawal? Haram betul. Baik aku beli guna kad kredit jer :P saje lah datang tengok, kot-kot memang betul murah kan.. terkena aku. RM3348 tu bayaran kalu nak lumpsum. tak kira ko beli hari ni, esok bayar habis, ttp kena bayar jumlah tu. Ok this is the best part, nak tahu berapa harga total kamera tu kalu bayar ikut rege RM2099? dlm RM8k. Bongok lah. tobat aku tak caya dah. Keep sharing supaya takde org terkena. Dan nasihat aku, tak yah lah amik walau camne terdesak ko nak sesuatu barang tu, ko akan jadi lebih terdesak lagi bila nak bayo nyer. cayelah.. bace jelah pengalaman peribadi yg ada kat sini. Aku percaya semua kisah benar, bukan rekaan.

Kisah 2:
baru2 ni my sis kol i ktanya courts mamoth kol dia pasal hutang x hbs byr.. itupon dah lame.. thn 2005… my sis da byr lump sum.. tp dorang x rekodkn kot. tu yang bru2 ni dorang kol blk. org kol kutip hutang tu pon mmg kurang ajr. dia kta kt akk i.. lau btol da hb byr… bwk jumpa diresitny. giler ape.. mne ade simpn lg lau resit tu thn 2005 dlu. sblom dikol akak i… dia da kol Yah mertuanya… abg iparnye… then bru kol my sis.. pastu siap suh my sis byr 7k tu dlm masa 2hri. lau x… akn dpt surat dr mhkmh utk hadir perbicaraan. org kmpung.. xtaw ape2.. menggelabah la my sis. then i lak bantai kol org tu blk. kebetulan i pon kje kt lawyer firm.. so i bntai la hbs2.. sblom dia nk saman…i kta pihak kami ley saman u dlu coz u da bcerita kpd third party. n xde kes bankrup or naik mahkamah selagi x dpt LOD lettrr dr pihak u. tros trdiam bdk tu. i kta.. lps ni.. lau ade pape… xyah kol akk i.. kol i. n smpai la ni.. lngsung xde berita pape dr dorang. yg kol tu sbnrnye agency mintak hutang je… courts sub kt cmpny lain. n dorang mtk byr sblm hjung bln supaya dorang dpt komisen utk bln tu. tp seriously… courts mamoth punya pemungut hutang… mmg kurang ajar. xde budi ahasa lngsung. tp lau trkena buku ngn ruas..bru dorang akn slowtalk…

Kisah 3:
Ehemm….ni hal aku plak…thun 2011 order tv lcd 37inci hrga rm1799 kbinet tv rm999 bla mreka dh kra2 smua cas ini cas itu bla3….total yg aku prlu byr dlm 5taon yalah rm9k lbihhhhh…..cam kez korng jgk la bla lmbt byr 1 hari je dh kcoh siap main ugut2..hntr sms mcm sial..last2 aku hlang sbr dlm taun 2012 1 jun diaorng tarik tv tu tpi sya tkde kt umh yg ada tnggl abg srng je..kbnet tv diaorng tak trik…pelik….dlm mnggu ni lawyer dia kol aku nk smn aku bla3….bnyk lgi la yg prlu dcrita mls aku nk tlis pnjng2 dlm ini… saat ini sya msih tggu brita lawyer dri courts…aku tunggguuuu….. agi idup agi ngelaban ko iban!

Kisah 4:
As salam….pada kengkawan sekalian….ini kisah saya dgn CM ni….adik saya penah beli barang di CM ni dalam 8 tahun lepas….sofa ajer….guna nama saya sbg penjamin….selepas beberapa hari ada masalah pd sofa ni….(rosak sbb tak berkualiti) sy buat aduan….dan mereka janji akan dtg…tunggu punya tunggu sudah masuk 5 bulan tk dtg2….call dah byk kali….bayar tak penah miss sebulan pon……kebetulan dia ditukarkn berkeja dr jb ke kl…..so adalah termiss sebulan…..pastu CM ni call suruh byr sambil nada kurang ajar….adik sy bengang sbb kerosakn taknak tanggungjwb….tak byr plak tau nk bising2……selepas tu dia suruh sy pulangkn…..jadi sy call CM suruh amik brg…..pon brbulan jugak tak dtg…..selepas 6 bulan br dtg….jadi masa pemulangan tu pegawai dia kata slps pulang kira dah settle…..so dia bg resit pemulangan…..selepas 6 tahun barua diaorg (lawyer) call sambil berckp kasar “kalu dah tahu hutang tu byrla….takkan nk bwak kekubur”….sy ingin jelaskan disini…org melayu bukan bodoh…..dan bukan tak mampu…..tapi memilih perkhidmatan yang mudah untuk mereka dapatkn……kalu tak mampu pon janganlah perdaya org, ambil kesempatan, menipu, mengugut org melayu……kebanyakkn org meminjam ni org baru nak hidup dan berumah tangga……mmgla takde duit sgt….tapi bukanla bangsat sgt sampai taknak byr…..CM tu sengaja melewat pengambilan brg sbb nak charge lebih…….ini cara mereka meniaga……menipu….mengenakan org…..org melayu ni mmg takde duit…tapi berbudi bahasa…..kalu setakat tak bayar satu dua hari tak pelu memaki org…..org melayu ni islam ttp akan byr hutang…..tapi servis kalu tak bgus…brg dah di pulang madih nk mintang utang…..namanya penyamun……mari kita semua boikot CM ni……mana2 barua CM dlm blog ni kita doakn semoga dia tak jatuh miskin….amin

LIHAT JUGA:  (Kisah Sebenar) Disebalik Kematian Nursyuhada Johari
Kisah 5:
Courts mammoth mmg cekik drh..htang brg blh jd 3 kali ganda…bli rm1k jd rm3k…mcm mna nk report psl courts ni haaa..???..hairan dh lma courts ni cekik drh tp x dk spa2 yg siasat…agknya nk kna msuk paper or tv bru diorng siasat..stakat brckp dlm ni mmg x de mkna la…sbgai rkyat mlysia kita ada hak brtndak utk tdk ditndas..tp skrg nmpknya smua brdiam diri dan trus mnjdi mngsa courts..spe yg untung???..yg ssh brtmbh ssh yg sng lg la brtmbh2 sng…mmg la klu x de duit x pyh nk brhtng tp klu x brhtng mmg x de nmpknya brg..at least bila kta byr ansuran lma2 brg jd hak milik kta..tp klu dh brgnda2 mcm courts ni mmg cekik drh..kita ni manusia mmg sntiasa ada keinginan..nk kumpul then pegi bli cash?ckp mmg sng bg yg brduit, bg yg golongan sderhana plk ssh nk kumpul2 ni, bru ja start kumpul ada emrgncy lain plk…so trpksa lh gna duit yg dkumpul tu..at least bla kita buat ansuran kurnglh beban skit..brg pn nmpk..cma cra courts mmg ktrlaluan..and please pda pihak2 yg brtnggjwb..siasat cra bisnes courts ni..knapa prlu mmbyr smpai 3x gnda…ckup2 lh mkn untung skadar yg prlu…..

Kisah 6:
Saya pun ada beli aircond 2 biji dlm tahun 2010.. Tp saya rasa pelik sb saya kena byr RM6890..selepas seminggu saya buat instalment, sy cadang nk bayar sebiji aircond bg ringankan beban tp lepas mintak statmnt settlmnt, pekerja court kata saya kene bayar lebih kurang 5k, makin cpt nk setel makin byk die cas.. Pekerja tu suggest spy saya teruskan bayar bulanan.. Oleh kerana ada sedikit financial poblem, saya tetap byr tp tidak sepenuh amaun.. Pada awal januari, pekerja courts call dan buat ugutan dan sehingga dtg ke rumah menghantar surat utk tarik semula brgn dan beri tempoh 3 hari.. Saya mintak statmnt dan apa yg memeranjatkan saya terdpt byk amaoun yg di key in

31/3-rm3534

1/4 – rm2200

1/4 – rm1200

Semua kenyataan delivery..

Saya cuba buat kira2 sendiri berdasarkan harga aircond LG pd thn 2010

1hp-970

1.5hp- 1250

Jumlah =??? sekiranya interest 24% sethn x 3 thn.. Jumlah keseluruhan baru 4k tp mana dtg sampai 6890?? Kenapa ada 3 kali delivery dlm butiran sedangkan barang cuma dua???

Perlukah saya repot?

Apa perlu saya buat?

Pd siapa sy perlu mengadu?

Kisah 7:
Saya pun kena dgn beli Notebook, sgt terdesak sbb notebook lama tiba2 buat hal. Masa nak beli tu nampak diorang iklankan 1+1, saya tanya apa maksud tu. Diorang explain 1+1 maksudnya setahun bayar bulan2 then lepas setahun boleh terus bayar baki. Dengar time tu excited juga sbb nak beli cash tak mampu, notebook buat hal betul2 lepas kahwin (duit dh kering dh). Diorang suruh sign agreement, ok sign sbb byk kali tanya diorang n confirmkan btul2 pasal 1+1 (percaya sgt lah time tu..) Aleh2 lepas setahun nak trus bayar baki.. tanya baki berapa depa ckp RM 3+++!!!! Gila! harga notebook tu RM 1+++ je kot! tanya punya tanya depa ckp akak ambil yg utk 5 tahun so interest tu kira siap2 utk 5 tahun. Bodoh! kalau aku dh mampu bayar baki awal, buat apa nak kira interest utk 5 tahun kan?? kalau mcm tu baik aku trus sambung je bayar bulan2… so tak jadi bayar walau 1 sen pun! Lagi 1 diorang pandai buat kutipan tgh bulan (dlm 15hb). dia msg2 n ugut2 bgtaw akan dikenakan interest 20%. Interest lagi!!! Strategik buat duit plg keji courts ni. So lepas ni kpd sesiapa yg teringin nk berhutang dgn courts ni, sila study abis2 & baca lah komen2 berguna ni.. COURTS mmg PENIPU!!!

Kisah 8:
Courts Mammoth tu panggil ex2 debt collector yang keje dr company along kot. Bodoh siap nak peras ugut guna nama “Jabatan Perundangan” la, nak sita barang la, dtg takat bwk “NOTIS PEMBERITAHUAN BAYARAN LAMBAT”, boleh mengaku tu surat penyitaan. bodoh ke hape? Mana surat Penyitaannya? mana surat mahkamahnya? main peras ugut ngan family member yang xtau pape boleh la kena kencing ngan org courts aka collection agency nih. nasib semua conversation kuang hajaq dorang aku dah rakam siap2. mmg polis report la. Hingat dorang tu financial institution ke hape smpi berani nak ugut nak freezekan akaun la nak bankrupkan la…keje call center tele-collection siap boleh mengaku dari “Jabatan Perundangan”…gile hebat tuh…kelentong x hengat..yang dpt sms2 ke call2 ke cer minta no pendaftaran syarikat dorang, berani bagi x…cer mintak alamat dorang, berani bagi x… sedangkan kat notis yang dorang bagi pon xde alamat…bagi no tepon contact person. No tepon xberdaftar ngan telekom, berurusan guna no hp??? Pelik sungguh…kata pas kat manager, padahal pas kat kwn sebelah meja jer. KELENTONG LEBEY…haha..mcm la kita ni bodoh sgt xtau trick2 kat call center collection tuh…dorang ni akan ckp ape je sbb nak kejar komisen dorang.

Ni aku share no2 yg dorang pakai kelentong org nih. (Ni no Agency Collection dorang nih)

Person In Charge utk satu akaun ramai gile

Mazlina la Ashraf la Shafiq la Jaspal Singh la. dlm sehari smpi 4 person in charge call. gile hebat :D

011-23825127

0174586993

03-42854514

Company

ARUS SELASIH SDN. BHD.

Address:

Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Kuala Lumpur

Postcode:

55100

Phone: 0342854514

Caller: ARUS SELASIH SDN. BHD.

Call Type: Debt Collector

_ _ _ _ _ _ _

Sebenarnya banyak lagi kisah yang admin baca dalam forum-forum tempatan. Banyak juga yang mengadu kena tipu, interest tinggi mengalahkan hantu galah dan service after sale yang teruk. Ermm.. mohon pihak berkuasa yang berkaitan siasat diorang ni..




http://www.otaibersih.net/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment