BANGI, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar anti-Islam, The Star, kerana terlalu kerap membuat laporan yang menyakitkan hati umat Islam
Ini bukanlah kali pertama akhbar terbabit menyakiti hati umat Islam, termasuk memfitnah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu umat Islam yang ditindas di Syria.
Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norzila Baharin berkata, tindakan tegas itu perlu dilakukan sebagai pengajaran agar kesalahan sama tidak berulang.
“Isma menuntut The Star membuat permohonan maaf segera ke atas seluruh umat Islam dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam kewartawanan ke atas keamanan negara.
“Selain itu, Isma juga menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menggantung permit penerbitan akhbar The Star sebagai pengajaran agar kesalahan sama tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di laman web pertubuhan itu www.isma.org.my hari ini.
“Ikatan Muslimin Malaysia mengutuk tindakan akhbar The Star yang menyiarkan tajuk utama berkenaan pengganas dengan perkataan “terrorist” kemudian disusuli dengan gambar umat Islam sedang solat secara berjemaah.
“Walaupun tajuk dan gambar itu merujuk kepada dua berita berbeza, namun ia boleh menimbulkan salah faham awam terhadap Islam dan umatnya, lebih-lebih lagi ketika umat Islam baru saja menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
Isma menyifatkan tindakan ini adalah satu hasutan dan menunjukkan sikap prejudis terhadap umat Islam serta berunsur fitnah,” katanya lagi.
Gambar muka hadapan akhbar bertarikh 27 Mei 2017 tersebar luas di media sosial dan mendapat kritikan keras daripada semua pihak kerana pihak The Star dianggap telah mengguris hati umat Islam.
Dr Norzila juga berkata, ini bukan kali pertama The Star melakukan provokasi terhadap umat Islam.
“Pelbagai siri provokasi telah dilakukan sebelum ini termasuklah menfitnah NGO yang membantu umat Islam yang ditindas di Syria.
“The Star telah pun meminta maaf bagi tindakan tidak professional tersebut pada 17 Mei 2017 dalam sebuah kenyataan pendek.
“Ini merupakan budaya kewartawanan yang tidak professional dan tidak sihat.
“The Star bertanggungjawab ke atas pergeseran yang ditimbulkan di Malaysia atas tindakan provokasi ini yang boleh membawa kepada ketidakstabilan hubungan antara kaum di Malaysia,” katanya lagi sambil menyeru umat Islam memboikot akhbar anti-Islam itu.ismaweb.net
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment