Home » » ANDA pernah berkelakuan begini? Tidur, berehat santai di atas sofa atau katil di IKEA ???

ANDA pernah berkelakuan begini? Tidur, berehat santai di atas sofa atau katil di IKEA ???





ANDA pernah berkelakuan begini? Tidur, berehat santai di atas sofa atau katil di kedai perabot seperti yang dirakam di IKEA Nantong, China.

Gambar-gambar ini dirakam hujung minggu lalu, menunjukkan ada pelanggan yang tidur di atas sofa, malah ada yang menidurkan bayi di atas katil yang dipamerkan tanpa menghiraukan pelanggan lain yang mungkin mahu membeli.

Menurut portal news163.com, mungkin cuaca panas sehingga 32 darjah selsius sekarang menyebabkan pelanggan keletihan dan mengambil kesempatan ‘berehat’ di IKEA.

Syarikat Sweden itu membuka kedainya yang pertama di China pada 199 dan negara itu kini mempunyai tiga daripada lima IKEA terbesar dunia.

Selepas kedai pertama dibuka di Beijing, muncul gambar menunjukkan pelanggan ‘berkhemah’ di atas sofa bersama keluarga, membaca akhbar dan makan biskut.

Pada Julai 2015, syarikat terpaksa melarang orang ramai bersantai di atas perabot yang dipamerkan selepas ada pelanggan mengadu mereka tidak dapat meneliti perabot berkenaan kerana digunakan orang lain.



https://www.hmetro.com.my

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment