Home » » Benarkah Ahli Parlimen Subang, Sivarasa beri tazkirah dalam Masjid?

Benarkah Ahli Parlimen Subang, Sivarasa beri tazkirah dalam Masjid?



KECOH di media sosial cerita kononnya Ahli Parlimen Subang YB Sivarasa Rasiah menyampaikan tazkirah di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.

Gambar Sivarasa yang memakai baju Melayu sambil memegang mikrofon seolah-olah sedang memberi ceramah di dalam masjid disebarkan oleh cybertrooper BN (Barang Naik).


Isu ini sangat viral di media sosial memandangkan ia begitu selari dengan elemen yang sering digunakan dalam propaganda BN iaitu 3R — Religion, Race, and Royalti (Agama, Bangsa dan Raja).

Kerana BN tahu, sekiranya propaganda yang disebarkan mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada elemen-elemen seperti yang disebutkan di atas, berita itu akan dengan mudah menaikkan emosi orang-orang Melayu. Bila emosi sudah naik maka akal pun gagal berfungsi dengan baik.

Aku pun cuba menjelajah laman sosial Facebook mencari jawapan tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam masjid itu.

Rupa-rupanya, Sivarasa bukannya memberi ceramah politik apatah lagi nak beri tazkirah (apa kejadah dia nak beri tazkirah?) sebaliknya beliau sekadar memberi sedikit ucapan ringkas kerana menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM71,000 kepada masjid-masjid berkenaan.

Majlis itu sebenarnya dianjur dan disempurnakan oleh saudara Radzlan Jalaluddin dari Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Kota Damansara.


Sivarasa pula dijemput oleh beliau (Radzlan) bagi menyerikan majlis memandangkan beliau merupakan ahli parlimen kawasan berkenaan.

Namun gambar Sivarasa memberi ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan telah diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik, kononnya Ahli Parlimen Subang itu menyampaikan tazkirah di dalam masjid tersebut.

Sivarasa datang menyerikan majlis sebagai ahli parlimen jadi dia berilah sedikit ucapan ringkas sebagai menyantuni jemaah dan kariah masjid tersebut.

Beliau juga datang dengan pakaian yang sopan berbaju Melayu, jadi sepatutnya tidak ada isu pun.

Tapi bila sampai gambar ke tangan cybertrooper BN yang baru dapat upah handphone Samsung A9 daripada Najib tempoh hari, maka pelbagai cerita mengarut dan merapu keluar.

Kepada cybertrooper BN merangkap penagih dedak, bulan Ramadan ni berhentilah buat fitnah. Ingat, Handphone Samsung A9 yang Najib bagi tu akan jadi saksi


http://www.otaibersih.net

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment