PULAU PINANG: Provokasi biadap yang dilakukan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Zaidi Ahmad, dilihat seolah sengaja mahu menimbulkan ketegangan di kalangan peserta sehingga mencetus kontroversi pada Majlis Himpunan Aman yang diadakan selepas solat Jumaat di luar Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang, kata Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
Menurutnya, tujuan demo itu adalah untuk membantah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa masuk campur urusan Hal Ehwal Islam. Tambahan pula memang terdapat bukti sahih bahawa Kerajaan Negeri mencampuri urusan fatwa. “Walaupun perkara ini sudah lama berlaku tetapi ianya tidak dinafikan dan bukan setakat itu sahaja malah, ianya telah diakui oleh bekas mufti yang lalu Datuk Seri Hassan Ahmad,” katanya.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, ketika perkara itu berlaku, saya baru mula membuat penerangan dan belum sempat habis membuat penerangan dia (Zaidi) terus mengganggu secara fizikal. Menurut beliau, kalau Zaidi sanggup tunggu sehingga habis penerangan tanpa provokasi ,dia boleh mendapat jawapan yang sebenar dan kemungkinan juga
insiden ditampar tidak akan berlaku. “Jadi, logikkah apabila seseorang datang dalam satu program protes atau demo kemudian ingin bertanya soalan, perihal demonstrasi, takkan dia (Zaidi) tidak tahu hal itu,” katanya.
Mantan Presiden PEMBELA itu menambah, “Seperkara lagi, jika benar Zaidi hendak bertanyakan soalan mengapa dengan cara provokasi sehingga menarik tangan saya yang sedang berucap?” “Apabila Zaidi menarik tangan saya, maka ketika kejadian itu, siapa pun yang berada berhampiran saya akan cuba menghalang dia,” katanya.
Menurut Ustaz Hafiz Nordin, “Siapa sebenarnya yang berkeras dalam hal ini, dan jelaslah niat dan tujuan dia hadir itu hanyalah untuk memprovokasi demo bantahan itu dan apabila seorang peserta menolaknya, dia (Zaidi) pula cuba melawan maka kejadian itu memang di luar kawalan saya sehingga menyebabkan Zaidi ditampar oleh salah seorang peserta yang hadir.”
“Bagaimanapun, saya tetap meneruskan ucapan tanpa mempedulikan provokasi Zaidi ke atas saya sehingga tamat, bukti jelas boleh dilihat melalui video yang dirakamkan perserta yang hadir,” katanya.
Menurut Ustaz Hafiz Nordin lagi, selepas tamat demo aman itu, beliau didatangi dua lelaki berbangsa Cina yang tidak kenali dan memaklumkan telah duduk di dalam demo tersebut dari awal hingga akhir dan menyaksikan sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, sehinggalah Zaidi diheret keluar oleh anggota polis yang bertugas.
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment