Home » » Elfira Loy yang mahukan bakal suaminya tahu menggunakan seterika

Elfira Loy yang mahukan bakal suaminya tahu menggunakan seterika



Gadis lain mungkin inginkan seorang bakal suami yang tampan tetapi lain pula dengan Elfira Loy yang mahukan bakal suaminya tahu menggunakan seterika. Sekali dengar memang pelik tapi itulah kriteria yang Elfira impikan kerana beliau sering punya masalah setiap kali menggosok pakaian.

“Saya mahu berpesan kepada bakal suami supaya dapat membantu saya menggosok pakaian kerana saya mempunyai masalah menggunakannya. Itu merupakan salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi pasangan saya pada masa depan,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Kalau bercakap saja pasal Elfira pasti sahaja ramai mengaitkan jejaka, Sufian Suhaimi yang kini hangat digosipkan dengannya. Menerusi laporan terdahulu, nampaknya hubungan mereka semakin serius apabila Sufian sendiri berjumpa dengan ibu bapa Elfira untuk meminta restu.

Biarpun masih melabelkan hubungan itu sebagai kawan tetapi siapa tahu esok lusa hubungan itu berganjak ke arah seterusnya. Apa yang pasti, mungkin Sufian pandai menggosok pakaian kalau tidak mana mungkin Elfira terpikat bukan.




http://www.pru14.tv/2017/05/30/elfira-loy-mahu-bakal-suami-yang-pandai-gosok-baju/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment