Home » » Selepas kena Sound dengan TMJ, KJ kena sound pula dengan Mufti Kelantan

Selepas kena Sound dengan TMJ, KJ kena sound pula dengan Mufti Kelantan

Wakil rakyat di negeri masing-masing digesa meminda enakmen jika mahu penguatkuasa agama berhenti menangkap individu yang tidak berpuasa, kata mufti Kelantan.



Wakil rakyat di negeri masing-masing digesa meminda enakmen jika mahu penguatkuasa agama berhenti menangkap individu yang tidak berpuasa. — 

Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pegawai penguatkuasa agama perlu dihormati kerana mereka hanya melaksanakan arahan pembuat dasar dan pihak berwajib, lapor mStar Online.

Baca artikel sebelum: KJ gesa jabatan agama Islam utamakan bantu asnaf, abaikan kaki ponteng puasa

“Kalau pembuat dasar kata jangan tangkap orang tak puasa, maka mereka pun tak perlu buat.

“Kalau tak nak, kena minta Yang Berhormat di DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing mengubah enakmen dalam peraturan-peraturan ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menggesa jabatan agama menggunakan sumber mereka membantu golongan miskin daripada menahan individu yang ponteng puasa pada bulan Ramadan.

“Ia adalah satu kemestian kerana orang yang tidak berpuasa secara terbuka itu telah menghina Islam dan tindakan ini seharusnya dicegah,” tambahnya.

Pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani berpendapat bahawa konsep ‘Islam menuntut mencegah kemungkaran dan menyuruh melakukan kebaikan’ perlu dilaksanakan serentak.

“Apa yang disebut Khairy hanyalah amar makruf tetapi apa yang dibuat jabatan agama termasuk nahi mungkar,” katanya.

“Kedua-duanya mesti serentak. Tak bolehlah hanya suruh orang berbuat baik tetapi yang mungkar tidak dicegah, itu konsep liberal dalam kalangan masyarakat.”

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment