Home » » ANDA PERNAH MINUM KOPI AS-tolong berhenti kerna seorang maut selepas minum air ini disebabkan mati pucuk

ANDA PERNAH MINUM KOPI AS-tolong berhenti kerna seorang maut selepas minum air ini disebabkan mati pucuk

Pengedar kopi segera di Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa produknya mempunyai ekstrak Tongkat Ali secara sukarela menarik balik “kopi herba semula jadi” itu berikutan laporan kematian salah seorang penggunanya.

Menurut pengumuman di laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat pada 25 Mei, Caverflo.com menarik balik semua Minuman Herba Semula Jadi Caverflo yang dibungkus dalam pek kerajang 25g.

“Analisis makmal FDA mengesahkan kehadiran sildenafil dan tadalafil iaitu bahan aktif dalam 2 ubat preskripsi yang diluluskan FDA untuk merawat mati pucuk,” kata pengumuman itu lapor Free Malaysia Today.

“Caverflo.com menerima laporan kematian individu itu selepas penggunaan kopi tersebut,” katanya sambil menambah, barang dagangan itu juga mengandungi susu yang tidak diiktiraf.

“Bahan tidak diiktiraf itu boleh berinteraksi dengan nitrat yang didapati dalam beberapa ubat-ubatan preskripsi seperti nitroglycerin yang boleh menurunkan tekanan darah ke tahap yang berbahaya,” katanya.

Produk itu yang diedarkan kepada pengguna di AS digunakan untuk meningkatkan tenaga dalaman lelaki,” kata pengumuman itu.

Ia menambah, syarikat itu juga menghantar notis kepada pelanggan melalui e-mel.

“Kopi Herba Asli Caverflo ditarik balik dari pasaran dan semula pihak diminta menghentikan penggunaan, membuang dan merujuk kepada doktor masing-masing,” katanya.

Tinjauan FMT mendapati senarai nombor telefon di produk itu tertera nombor telefon bimbit Malaysia.

Bagaimanapun tiada respons semasa percubaan menghubungi nombor tersebut. – MDN

http://www.malaysiadreamnews.com/23311/pengguna-kopi-maut-produk-kopi-segera-ditarik-balik/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment