Home » » Ya Allah!!! Sedihnya-PERODUA Axia yang turut berada di lorong tengah dihimpit sebuah kenderaan di lorong kanan

Ya Allah!!! Sedihnya-PERODUA Axia yang turut berada di lorong tengah dihimpit sebuah kenderaan di lorong kanan




HULU SELANGOR: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya yang terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 433.8 Lebuh raya Utara Selatan arah utara dekat Bukit Beruntung, siang tadi.

Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Turut cedera ringan wanita yang memandu kereta PROTON Persona berusia 27 tahun dikenali sebagai S Nishanty.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas merasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia segera bertukar ke lorong kanan.

Katanya, tindakan itu menyebabkannya hilang kawalan lalu kenderaan itu berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang di tengah lebuh raya.

“Pada masa sama, PERODUA Axia yang turut berada di lorong tengah dihimpit sebuah kenderaan di lorong kanan menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di kiri lebuh raya.

“Kejadian mengakibatkan isteri dan anak bongsu mangsa berusia tiga bulan tercampak keluar dari kenderaan. Bayi itu yang cedera parah meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ya Allah!!! Sedihnya 😢😢😢

Supramaniam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

http://viralhebat.com

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment