Berita gembira buat penjawat awam di Pulau Pinang sempena menyambut Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma pada penghujung bulan Jun nanti.
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan antara 3 hingga 4 bulan gaji.
Di katakan, bayaran bonus ini akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini.
Langkah ini dilihat sebagai susulan kepada kemurahan hati kerajaan Negeri Selangor yang memberikan bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 174 ribu orang kakitangan awam di negeri berkenaan.
Menurut sumber, CM Lim dilihat cukup teruja untuk melaksanakan bonus berkenaan dan ianya dilihat jauh mengatasi apa yang diberikan oleh kerajaan BN yang hanya memberikan RM 500 sahaja untuk semua kakitangan yang berkhidmat.
Inilah bukti kesungguhan CM Lim dalam membela nasib kakitangan awam di negeri Pulau Pinang. Justeru, untuk kesemua hampir 5,000 orang pekerja, mereka kini sudah boleh memikirkan perancangan hari raya mereka pada masa akan datang.
Eric Ferdinand Antara nikmat diperolehi rakyat Pulau Pinang sejak diperintah Pakatan Harapan
1. Hafiz Al Quran dapat RM500 setahun
2. Anak baru lahir dapat RM200
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP)
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200)
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun
6. OKU dapat RM100 setahun
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun
8. Warga emas dapat RM100 setahun
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali
14. Bantuan keluarga miskin..
Kerajaan pusat bagi BRIM mulai 2012 kepada keluarga miskin ketika itu cuma RM500 setiap keluarga berpendapatan RM3000 ke bawah..Nilai2 kan lah ye.. 😒
http://www.suarapakatanharapan.com/2017/05/29/pulau-pinang-akan-bagi-bonus-3-bulan-gaji/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment