Home » » "Nak minta jaga nasfu aku pun susah!" dia sudah bercerai dengan suaminya. layan dia seperti 'hamba s33ks' semata-mata.

"Nak minta jaga nasfu aku pun susah!" dia sudah bercerai dengan suaminya. layan dia seperti 'hamba s33ks' semata-mata.



 Dari Damia Sakinah

Kawan saya, ketika berusia 18 tahun dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Namun, apabila berumur 20 tahun, dia sudah bercerai dengan suaminya. Katanya suami layan dia seperti 'hamba seks' semata-mata.

Mereka bercinta dalam tempoh 3-4 tahun. Lelaki itu sekarang berumur 23 tahun. Masa bercinta pun lelaki ini jenis suka simpan gambar perempuan lain. Katanya gambar 'autosave' dari group WhatsApp.

Semasa bercinta, lelaki itu sopan, gentle gila, tak berkira duit, sanggup drive jauh semata-mata nak berjumpa selain selalu beri hadiah ataupun bunga.

Jadi mereka pun rancang nak berkahwin selepas kawan saya dah tamat persekolahan sebab lelaki itu nak taja semua. Kawan saya pula tak sambung belajar dan tak berkerja dan kahwin ketika umur 18 tahun. Sekarang dia sudah berumur 20 tahun dan ada seorang anak perempuan. Comel teruk, rasa nak cungkil biji mata dia.

Tahun pertama kahwin, rajin travel sana sini. Bak kata suaminya, 'honeymoon'. Bagi saya, suami dia sudah cukup sempurna, kaya, handsome, baik dan semua ciri-ciri suami seperti dalam drama TV3 ada pada suami dia.

Tetapi masuk tahun kedua, anak pun dah besar. Suami dia pula asyik marah-marah, mengungkit, memaksa isteri kalau nak 'bermesra' dan abaikan anak.

Bila isteri tak nak 'bermesra', mulalah si suami mengungkit bahawa dia yang tanggung semua selama ini sejak dari mula mereka bercinta.
"Nak minta jaga nasfu aku pun susah!" katanya.

Sampailah satu malam itu, si suami balik bising-bising dan kata nak juga 'bermesra' malam itu, tak kira apa alasan isteri walaupun anak menangis bagai. Tetapi disebabkan si isteri malas nak bergaduh, dia turutkan sahaja. Kadang-kadang sampai sakit-sakit isteri dikerjakan. Entah nafsu apa si suami dia ini.

Benda yang sama berlaku hampir setiap hari. Apa bendalah, rabaklah, gila. Sakit pula fikir perkara-perkara begini.

Selepas beberapa minggu kemudian, si suami dah berani bawa perempuan lain 'bermesra' di dalam kereta. Kantoi busuk tertinggal barang dengan isteri dia.

Tetapi itulah kita perempuan kadang-kadang dah seperti orang bodoh saja disebabkan tak nak kena pukul, dia pejamkan mata dengan sikap suaminya.

Sehinggalah satu hari si suami berani membawa perempuan itu balik ke rumah semasa isterinya sedang tidur. Sumpah saya menyirap saja bila isteri dia ceritakan perkara ini. Berapi gila! Serius terasa nak pukul orang masa saya taip cerita ini.

Si suami baru mengenali perempuan itu dua minggu. Tengok gambar perempuan itu, ayu sangat, tudung bulat tetapi syaiton betul. Kawan saya pula jenis redha saja dan terlalu positif.

"Saya rela bermadu asalkan tidak dicerai suami.."

Naif sangat ya Allah. Kenapalah. Malas nak cerita panjang. Sekarang mereka dah bercerai. Ibu bapa kawan saya ini yang paksa anak perempuan mereka bercerai sebab lelaki itu tak layak jadi imam.

Bekas suami dia langsung tak kisah pun tentang anak perempuan mereka. Bapa jenis apa dia ini? Serius muka dia baik gila, handsome apa semua tetapi tak sangka perangainya begini.

Sekarang aku sendiri rasa takut nak kahwin (tapi nak kahwin), bercinta lama pun, takut lelaki tiba-tiba berubah perangai. Sebab itu perempuan, tak kisahlah belajar sampai mana, yang penting ada income. Jangan 100% harap duit suami.

Dapat pula yang jenis lelaki yang suka mengungkit ini. Jangan terperdaya dengan muka kacak atau cantik seseorang. Jangan jadi bodoh mempertahankan benda gila sebab 'relationship dah lama'.


http://www.thereporter.my/2017/05/saya-rela-bermadu-asalkan-tidak-dicerai.html


Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment