Home » » "Meluat menyampah tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang islam. Masa lain buat pesta arak dan pesta 0nan11- Sallehhudin

"Meluat menyampah tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang islam. Masa lain buat pesta arak dan pesta 0nan11- Sallehhudin




"Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang islam. Menyibuk je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," begitulah kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehhudin Nasir yang dipetik menerusi status Facebooknya.

Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang meneruskan amalan berbuka puasa dengan rakyat meskipun sebelum ini terdapat satu NGO yang mendesak agar Lim Guan Eng tidak dibenarkan untuk berbuka puasa selagi beliau tidak memeluk agama Islam.



Sebelum ini tular di media sosial kononnya kerajaan negeri DAP terlibat dalam penganjuran pesta seks dan onani di hotel tertentu. Poster tentangnya juga tular di laman sosial.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun didapati fitnah selepas pengesahan dilakukan dengan wakil hotel dan kerajaan negeri.



Tuduhan Ustaz Solehhudin Nasir terhadap pemimpin DAP dipercayai ada kaitan dengan penyebaran poster berkenaan.

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan di atas status Ustaz Solehhudin mendapati rata-rata pengomen meminta beliau memadamkan status berkenaan kerana memalukan PAS.

Nasihat yang sama turut dilontarkan oleh penyokong-penyokong PAS namun dilihat ia tidak mendapat respon dari YDP berkenaan.


http://www.otaibersih.net/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment