Home » » Tak balik rumah, rupa-rupanya mayat suami di temui dalam perut ular sawa

Tak balik rumah, rupa-rupanya mayat suami di temui dalam perut ular sawa

Seorang petani bernama Akbar (25) berasal Kampung Salubiro, daerah Karossa, Mamuju Tengah, Sulawesi Barat ini mengalami nasib tragis setelah bekerja seharian di kebun.



 
Akbar dinyatakan meninggal selepas diserang seekor ular jenis sawa saat akan pergi ke kebun miliknya untuk menuai sawit.
 
Kematian Akbar diketahui selepas dirinya tak pulang kerumah. Dikhabarkan jika mangsa meninggalkan rumah pada Ahad pagi untuk pergi ke kebun sawit miliknya. Namun sehingga hari Isnin mangsa tak kunjung pulang.


 Kejadian tersebut membuat pihak keluarga was - was sehingga pada akhirnya Akbar berjaya diketemukan dalam keadaan mengenaskan setelah penduduk kampung membantu pencarian.
 
Jasad Akbar dijumpai dalam perut ular sawa raksasa. Awalnya penduduk hanya mencari ular sawa besar tepat di lokasi kebun Akbar.

Namun sejumlah penduduk ingin tahu dengan isi perut ular sawa, mereka pun terus membelah perut si ular. Dan ternyata di dalam perut ular itu adalah jasad dari si Akbar.


 "Isnin malam, penduduk malah mencari seekor ular besar dengan perut seperti habis menelan barang yang besar. Ternyata setelah dibedah, jasad Akbar dijumpai di perut ular jenis Python tersebut, "terang seorang penduduk seperti dipetik brilio.net dari media sosial, Selasa
 
Pada akhirnya, jasad Akbar terus dipindahkan penduduk dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk dikebumikan.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment