KUALA LUMPUR: Pelbagai gelaran atau label telah diberi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
PPBM bagi sesetengah orang merujuk kepada Parti Politik Banyak Masalah.
Bagi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap, parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu terhasil daripada golongan kecewa dan tidak tahu hujung pangkalnya dari sudut kepemimpinan.
Dan, parti sedemikian, katanya, selalunya akan berakhir dengan kekecewaan.
“Seperti yang umum maklum semua pemimpin PPBM ini termasuk ahli-ahlinya adalah terdiri dari golongan kecewa. Justeru bila mereka yang kecewa ini tidak dapat sesuatu yang mereka harapkan maka berlakulah pelbagai kemelut dan keretakan,” katanya seperti dipetik UMNO-Online.
“Lebih parah lagi ramai yang keliru dan tidak pasti siapa sebenarnya yang memimpin dan mempunyai kata pemutus dalam parti tersebut,”’ katanya.
Menurut beliau, ada kalanya terlihat seperti Dr Mahathir sebagai pengerusi yang menguasai segalanya, tetapi pada suatu ketika presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin cuba bertindak sebagai ketua.
Namun, ujarnya lagi, pada suatu masa yang lain Mukhriz seperti menjadi jurubicara parti.
“Inilah yang dikatakan seperti parti yang tak tahu hujung pangkal”, katanya.
Mengulas lanjut, Anuar Manap yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, apa yang berlaku dalam PPBM hari ini berkait rapat dengan sejarah kelahiran PPBM itu sendiri yang jelas tidak mempunyai dasar serta landasan perjuangan yang sebenarnya untuk rakyat.
“Tidak pelik dengan perkembangan terkini hari ini. Kalau daripada awal lagi tidak berpaksikan kepada nilai perjuangan sebaliknya mempunyai kepentingan tertentu dan sebagainya, itulah harga yang perlu dibayar. Tidak perlu melangkah jauh untuk membuat penilaian.
“Dan kepada rakyat lihatlah apa yang berlaku di depan mata kita hari ini dan apakah kita mahu menyerahkan kepercayaan kepada mereka yang terumbang-ambing di dalam parti sendiri,”” tambahnya.
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment