Home » » isu akhbar the star hina islam, Timb MCA dakwa ianya tak salah tetapi perlu lebih sentitif

isu akhbar the star hina islam, Timb MCA dakwa ianya tak salah tetapi perlu lebih sentitif

PUTRAJAYA: Penerbitan berita perlu lebih sensitif mengenai persembahan kandungan mereka, kerana ia melibatkan persepsi orang ramai, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.



Mengulas muka depan The Star Sabtu lepas – yang memaparkan mengenai keganasan dan foto orang Islam bersolat terawih di hari pertama Ramadan – yang menyebabkan pasukan editorial menghadapi masalah, Wee berkata walaupun akhbar milik MCA itu tidak berniat menggambarkan orang Islam sebagai pengganas, orang ramai mungkin merasakan sebaliknya.

“Mungkin itu persepsinya, kerana tajuk muka depan, dan gambar dengan keterangan yang terlalu kecil.

“Akhbar lain juga membawa kandungan yang sama, tetapi mereka menggunakan perkataan yang berbeza, atau menyusun muka depan secara berbeza.

“Kadang-kadang ia mengenai persepsi. Kita perlu lebih sensitif kepada roang lain,” katanya pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya mengenai kemarahan terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu, yang memohon maaf atas “kesilapan” mereka, menunjukkan tanda ekstremisme agama semakin meningkat, Wee berkata ada banyak cara untuk melihat perkara itu.

Beliau menjelaskan ada pembaca yang hanya nampak tajuk “Malaysian Terrorist Leader” dan foto orang Islam bersolat terawih di bawah, dan ada juga yang lebih teliti dan membayar keterangan gambar tersebut.

“Jadi kita tidak boleh buat kenyataan secara umum. Cuma kita perlu lebih sensitif antara satu sama lain.”

Beliau menyamakan keadaan itu kepada orang bukan Islam minum air di depan orang Islam yang sedang berpuasa di bukan Ramadan.

“Tak salah, tetapi kita sepatutnya sensitif kepada orang di sekeliling kita.”

Isnin lepas kementerian dalam negeri memberi tempoh 7 hari kepada The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Semalam, The Star menggantung 2 editor kanan sehingga diberitahu kelak sementara siasatan ke atas kejadian itu sedang berjalan.

Mengenai perkembangan itu, MCA menghormati keputusan kementerian serta keputusan pihak pengurusan dan lembaga pengarah The Star.


Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment