Mesej Lucah Seorang Habib Dan Wanita
Beberapa hari yang lalu, pihak polis Indonesia melaporkan bahawa Habib Rizieq, pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI) sebagai suspek utama dalam satu kes pornografi.
Ia dilihat sebagai satu ancaman baharu kepada ulama itu yang sebelum ini lantang menganjurkan bantahan besar-besaran terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.
Habib sebelum ini pernah didakwa berhubung isu menghina Pancasila dan pemerintahan sekular republik itu.
Ketegangan agama dan politik meningkat sejak enam bulan lalu apabila kumpulan dan pertubuhan Islam bersatu menentang Basuki yang kini dipenjarakan kerana menghina Al-Quran.
Habib didakwa melanggar undang-undang ketat berhubung pornografi apabila dikatakan bertukar-tukar mesej dan gambar bogel dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Firza Husein.
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono mengesahkan Habib merupakan suspek utama yang bermakna kes itu akan dikemukakan di mahkamah tidak lama lagi.
“Jenayah utamanya adalah terbabit dan mengedar kandungan berunsur pornografi,” kata Yuwono dalam satu pesanan ringkas.
Peguam Habib, Sugitmo Atmo Pawiro, bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah fitnah semata-mata dari penyokong Purnama.
Habib ketika ini dilaporkan berada di luar negara. Sementara jurucakap FPI berkata dakwaan itu ‘tidak berasas’.
“Tuduhan itu telah disengajakan untuk mencemar imej ulama,” kata Novel Bamukmin, ketua FPI cawangan Jakarta.
Pada tahun 2003, Habib pernah dipenjara dan 2008 atas dakwaan keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.
-pru14.tv-
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment