Home » » Tagih Simpati Biaya Kos Guaman RM60,000 diperlukan-Sam Ke Ting menyuarakan hasrat itu menerusi Facebook

Tagih Simpati Biaya Kos Guaman RM60,000 diperlukan-Sam Ke Ting menyuarakan hasrat itu menerusi Facebook


JOHOR BAHRU: Seorang jurujual berusia 22 tahun yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di sini Februari lalu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja, kini menagih simpati bagi membiayai kos guamannya.

Sam Ke Ting menyuarakan hasrat itu menerusi Facebook dengan meminta orang ramai supaya membantunya mengumpul wang bagi menghadapi kes mahkamahnya.

Dia berkata, kira-kira RM60,000 diperlukan untuk membiayai fi guaman dan meminta bantuan orang ramai merupakan jalan terakhirnya.
"Kos guaman melangkaui jangkaan saya. Keluarga saya juga telah menghabiskan simpanan mereka untuk saya membiayai kos tersebut," katanya di Facebooknya pada Jumaat.

Ke Ting turut menyertakan nombor akaun di dua bank bagi mendapatkan sumbangan.

Pada 28 Mac lalu, Ke Ting mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar sekumpulan lapan remaja yang berbasikal di jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah pada kira-kira pukul 3.30 pagi 18 Februari lalu.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment