Home » » Inspektor Polis Tembak Mati Isteri Yang Sedang Mengandung 2 bulan

Inspektor Polis Tembak Mati Isteri Yang Sedang Mengandung 2 bulan





SEORANG wanita maut dipercayai ditembak suaminya, seorang anggota polis, di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berusia 30-an itu ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.

Sumber berkata, mangsa ditembak suaminya dipercayai menggunakan pistol.

“Polis yang dimaklumkan kejadian bergegas ke rumah berkenaan untuk siasatan lanjut dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

INSPEKTOR polis yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, ditahan polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang, malam tadi.

Suspek berusia lewat 30-an itu ditahan kira-kira 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi memburunya.

Sumber berkata, polis turut merampas pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.

Mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan berkahwin dengan suspek, yang juga seorang pegawai polis di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak.

Namun, difahamkan mangsa kini mengandung dua bulan dan akan menjalani pemeriksaan minggu depan.

Mangsa mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu. Mangsa tidak bekerja selepas mendirikan perkahwinan kedua ini.

Mangsa dalam akaun Facebook menggunakan nama Christy El, yang kali terakhir dikemaskini pada 10 April lalu, meninggalkan catatan “Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal.”


http://viralhebat.com/inspektor-polis-tembak-mati-isteri-yang-sedang-mengandung-2-bulan/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment