Home » » Wanita maut terbakar akibat jawab telefon sedang dicas

Wanita maut terbakar akibat jawab telefon sedang dicas




SEBUAH gambar dikatakan seorang wanita maut terbakar selepas telefon bimbitnya yang sedang dicas meletup tersebar luas di media sosial.

Aku dapat gambar ini daripada perkongsian di WhatsApp identiti mangsa dan lokasi kejadian tidak diberitahu. Punca letupan dikatakan kerana mangsa menjawab panggilan telefon ketika telefonnya itu sedang dicas.



Pengirim gambar meminta orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Beliau juga meminta orang ramai agar tidak menggunakan telefon bimbit terutama menjawab panggilan ketika ia sedang dicas.

Ini kerana dakwanya, dalam ribuan telefon bimbit yang dibuat mungkin ada segelintir yang mempunyai masalah dan boleh meletup jika pengguna menjawab panggilan ketika ia sedang dicas.

Kemalangan berkait dengan telefon bimbit ini sering berlaku dan selalu juga dilaporkan. Baru-baru ini seorang wanita mendakwa menerima renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang sedang dicas.

Nik Nur Fila berkongsi pengalaman ngerinya direnjat elektrik yang sangat kuat sampaikan dirinya terpelanting ke hujung katil ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.


http://www.otaibersih.net/













Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment